Tuesday, October 18, 2011

Sehening Kasih Nadilla

“Wan, sebenarnya saya ada perkara yang nak beritahu awak ni. Saya harap kita boleh bincangkan mengenai hal ini dengan tenang.”
            Azwan yang mengambil tempat di sebelah Nadilla tersenyum, menanti bait-bait kata-kata Nadilla yang selanjutnya.
            “Iya sayang. Ada apa?”
            Saat itu, dada Nadilla berombak kencang. Hampir mati akal dibuatnya. Namun apabila memikirkan tujuannya untuk berjumpa Azwan pada hari itu, dia terpaksa. Terpaksa meluahkan segala-galanya sebelum terlambat.
            “Err...”
            Azwan mengerut kening memandangnya. Nadilla gugup seketika. Apakah dia harus memberitahu perkara itu? Ya, dia harus! Azwan mesti tahu hatinya saat itu.
            “Dilla...”
            Lembut suara itu membelai hatinya. Seketika dia cuba bermain dengan fantasi namun bayangan Alif yang muncul tiba-tiba terus mematikan angannya yang semakin menjauh.
            “Err saya nak mintak putus. Kita clash!” Ada getar pada suara Nadilla namun cuba dikawal sedaya mungkin. Sedihkah dia dengan keputusan ini? Menangiskah hatinya saat itu? Entahlah.
            “Dilla apa yang Dilla cakap ni? Dilla sedar tak ni? Dilla ni kan suka main-mainkan Wan.”
            Azwan tergelak kecil. Mungkin lucu dengan keputusan Nadilla sebentar tadi. Nadilla hanya diam sambil tunduk memandang lantai. Azwan yang perasan perubahan riak wajah Nadilla berhenti memandang Nadilla.
            “Dilla serius ke ni?”
            Nadilla mengangguk lemah. Sungguh, hatinya turut berasa sedih untuk melepaskannya pergi.
            “Wan ingatkan Dilla main-main. Kenapa Dilla mintak putus? Apa salah Wan, Dilla? Apa salah Wan? Wan tak cukup baik ke dengan Dilla? Cakaplah Dilla. Kenapa diam aje ni?”
            Buat kesekian kalinya, air mata Azwan gugur. Nadilla melihatnya dengan pandangan pilu. Tidak dinafikan hatinya turut berasa sebak. Sebak kerana melihat air mata yang semakin laju membasahi pipinya.
            “Wan dah cukup baik dengan Dilla. Tak mungkin Dilla akan dapat kenal dengan orang yang lebih baih daripada Wan. Dilla nak Wan tahu, Dilla sayangkan Wan. Dilla tak sanggup nak kecewakan hati Wan. Dilla...”
            Nadilla tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Air mata yang cuba ditahan sedari tadi akhirnya mengalir jua. Azwan pula hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Seketika mata mereka berdua bertaut dan saat itulah dia dapat melihat ada sinar keikhlasan sebalik wajah itu.
            “Dilla dah ada orang lain?”
            Jujur pertanyaan itu. Nadilla serba-salah untuk menjawabnya. Namun agar segala-galanya jelas, dia harus meluahkan segala-galanya.
            “Dilla mintak maaf Wan. Dilla silap. Perasaan itu terlalu sukar untuk diungkapkan. Dilla terperangkap antara dua. Kat sini Wan dan kat sana Alif. Tanpa sedar, Alif berjaya membawa cinta ke dalam hati ini. Dilla tak pernah berniat untuk curang kepada Wan tapi segala-galanya bukan dalam kawalan Dilla.
            Dilla tahu Wan akan marahkan Dilla. Dilla tahu mungkin Wan akan membenci Dilla selepas ini. Dilla tak pernah berniat untuk kecewakan hati Wan. Kita sudah kenal terlalu lama. Tujuh tahun kita menyulam kasih. Tujuh tahun kita berkongsi rasa. Anggaplah kita tak ada jodoh.”
            “Dilla, jangan tinggalkan Wan. Wan mintak satu ni aje. Wan tak sanggup. Wan terlalu sayang pada Dilla. Wan tak sanggup berpisah dengan Dilla. Bagi Wan satu peluang lagi?”
            “Sudah terlambat Wan. Dilla mintak maaf.”
            Nadilla menyeka air matanya menggunakan hujung lengan baju. Azwan terduduk lemah di atas bangku. Air matanya tidak henti-henti mengalir sedari tadi. Tidak pula dilapnya. Melihatkan keadaan Azwan tika itu, hatinya dirundung pilu. Namun apa yang boleh dibuatnya tika ini? Tiada.
            “Dilla sayang. Dilla okey tak ni?”
            Nadilla dan Azwan berkalih memandang arah suara itu. Kelihatan Alif sedang tersenyum memandang mereka berdua.
            “Ini ke Dilla, lelaki yang Dilla suka? Lelaki yang berjaya rampas Dilla daripada Wan?”
            Nadilla memandang dengan pandangan yang berkaca. Azwan dan Alif saling berpandangan. Nadilla hanya membatukan diri di sebelah Alif.
            “Well Wan. Perasaan tak boleh nak dipaksa.” Alif menunjukkan riak yang bersahaja. Azwan pula hanya tersenyum sinis.
            “Kalau macam tu, tak apalah.” Azwan mengangkat punggung untuk berlalu. Dia kemudiannya berkalih ke arah Alif dan menghulurkan salam. Tanpa ragu-ragu Alif menyambutnya.
            “Jaga Dilla baik-baik. Jangan sia-siakan dia. Aku tak nak Dilla menangis lagi lepas ni. Jadikan ini tangisan dia yang terakhir. Ceriakan hidup dia. Jangan biarkan dia terus-terusan bermain dengan kenangan yang sudah pun berlalu.”
            Begitu ikhlas lafaz yang terbit dari bibir Azwan. Azwan menyimpul senyuman sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua. Pastinya, dia akan menjauh, menjauh daripada bayangan Nur Nadilla Aisyah.
*         *          *
“Dilla, kau dah habis fikir ke? Kau nekad ke dengan keputusan yang kau dah buat ni? Ambil masa kau Dilla. Jangan buat keputusan terburu-buru. Aku tak nak kau menyesal kemudian hari nanti.”
            “Entahlah Izzah. Aku sendiri pun tak pasti. Aku keliru. Aku keliru dengan diri aku sendiri. Aku...”
            Nadilla tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Sungguh, perasaan ini terlalu berat untuk ditanggung apa lagi untuk dibicarakan dalam keadaan terdesak sebegini. Izzah hanya memandangnya tanpa pandangan yang sukar untuk dimengerti. Dari riak wajah Izzah, dia tahu Izzah tak akan pernah setuju dengan keputusan yang baru sahaja dibuat sebentar tadi.
            “Kau jangan main-main Dilla. Perasaan orang ni kau jangan nak ambil remeh-temeh. Aku tak suka kau main-mainkan perasaan orang. Dosa, tau tak?”
            Nadilla memandang Izzah. Memang, dia tahu akan hal itu. Berdosa bermain dengan perasaan orang. Tapi, segala-galanya telah terjadi. Dia telah nekad dengan keputusannya. Bulat!
            “Kau tak faham Izzah. Kau tak berada kat tempat aku. Kau nak tahu kenapa aku buat keputusan ni?”
            Izzah tenang mendengar bicara yang selanjutnya daripada Nadilla.
            “Sebab aku tak nak dia terus tunggu aku. Penantian tu satu penyeksaan. Aku tak nak jiwa dia terseksa disebabkan aku. Aku tak nak dia meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk aku. Sedangkan aku,...”
            “Sedangkan kau dah jumpa Alif, betul tak?”
            Nadilla menundukkan kepalanya. Malu untuk menatap sepasang mata itu. Izzah pula hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju sama sekali dengan keputusan yang telah dibuat oleh Nadilla.
            “Dilla, aku nak kau fikir kejap. Tujuh tahun dilla, tujuh tahun. Kau sanggup sia-siakan semuanya hanya kerana seseorang yang baru kau kenal. Aku tak tahulah Dilla. Aku tak tahu nak anggap kau ni apa. Kau nak aku anggap apa? Kejam, tak pun tak berhati perut. Macam tu?””
            “Izzah, aku perlukan kau sekarang ni. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Kau pun tahu kan, Azwan cinta pertama aku dan Alif... dia hadir secara tiba-tiba. Aku tak tahu macam mana aku boleh suka pada dia. Aku tak tahu macam mana aku boleh berikan hati aku ni pada dia. Sedangkan aku tahu, Azwan setia menunggu aku. Sabar melayani semua kerenah aku.
            Aku tahu Izzah, kau tak suka aku buat keputusan ni tapi kau kena ingat. Soal jodoh bukan kat tangan kita. Antara kami mungkin tiada jodoh. Itu aje yang aku boleh cakap.”
            “Senang kan kau cakap. Dilla, kalau soal jodoh memanglah kat tangan DIA tapi kau jugak kena ingat. Untuk seseorang itu kekal dalam perhubungan, dia juga kena berusaha untuk mewarnakan perhubungan itu. Kau nak tahu tak Dilla? Aku rasa kau ni dah buta. Buta dalam menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.”
            “Izzah, kau tak kan pernah faham perasaan aku. Segala-galanya bukan dalam perancangan aku. Perasaan itu begitu halus, membelai jiwa aku saat aku kesunyian. Aku pula lebih senang hanyut dalam dunia tu.” Jujur Nadilla meluahkan kata-kata.
            “Kau pun dah buat keputusan kan? Jadi, aku tak boleh nak buat apa-apa. Cuma aku harap keputusan kau ni tak kan buat kau menyesal suatu hari nanti. Okey?”
            Izzah menguntum senyuman. Nadilla cuba membalasnya namun hambar. Bicara antara mereka berdua meninggalkan kesan mendalam ke lubuk hati Nadilla. Akalnya menerima hujah Izzah namun hatinya menolak sama sekali. Apakah dia harus menurut kata hati tanpa timbangan akal sama sekali? Entah, dia sendiri bingung.
*         *          *
            Sebulan berlalu dan selama itulah Nadilla dan Alif berpacaran. Nadilla berjaya menemui cinta kali keduanya iaitu apabila hatinya terpaut pada Alif. Apa kelebihan yang tidak ada pada Azwan tapi ada pada Alif, dia sendiri tidak tahu. Apa yang penting, hatinya benar-benar terpaut pada kebaikan yang tersemat dalam jiwa Alif.
            Azwan. Sebaris nama itu tidak pernah luput dari ingatan Nadilla. Masih terbayang-bayang saat terakhir mereka bertemu dan selepas saat itu mereka tidak juga ketemu. Hatinya berasa tidak enak setiap kali memikirkan tentang Azwan. Baik-baikkah dia di sana? Bahagiakah kehidupannya sebagaimana yang dia telah jalani kini? Nadilla berharap apa yang didoanya saban hari menjadi realiti yang sebenarnya.
            ‘Saya akan terus menyayangi awak sehingga nafas saya terhenti buat selama-lamanya’. Bicara Azwan yang terlahir dari hatinya yang tulus masih terngiang-ngiang di telinganya.
            ‘Percayalah Dilla. Saya sanggup buat apa sahaja demi awak. Saya sayangkan awak’. Kata-kata yang diungkapkan oleh Alif benar-benar menyentap nalurinya sebagai seorang perempuan.
            Kala ini Nadilla bingung. Bingung memikirkan hal yang semakin serabut dalam kepalanya. Walaupun Azwan jauh meninggalkan dirinya, namun rindu yang seringkali menjengah ke dalam hatinya agak sukar untuk dimengerti. Masih sayangkah dia akan Azwan, dan bagaimana pula dengan Alif? Ahh!! Sukarnya untuk memahami!
            “Dilla! Umi Azwan telefon. Dia cakap...”
            Laungan Izzah di luar bilik menghentikan lamunan Nadilla yang melayang entah ke mana sedari tadi. Pantas dia bertistighfar panjang sambil mengurut dadanya.
            “Kau ni Izzah, buat aku terkejut aje. Kenapa ni? Aku tengok kau gelabah semacam aje. Kenapa?” Soal Nadilla kehairanan.
            “Azwan, dia...”
            “Dia kenapa?”
            “Dia kemalangan. Keadaannya tenat sekarang. Umi Azwan telefon tadi. Dia cakap Azwan nak jumpa kau. Aku rasa baik kau pergi sekarang.”
            Nadilla terduduk lemah, tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya. Azwan kemalangan? Tidak Ya Allah, tidak! Air mata mula mengalir laju membasahi pipi putihnya.
            “Azwan kat mana sekarang?”
            “Jom cepat! Aku bawak kau pergi sana.”
            Sepanjang perjalanan Nadilla tidak henti-henti berdoa. Dia juga telah menelefon Alif supaya menyusulinya ke hospital. Saat getir seperti ini, dia amat memerlukan seseorang untuk menemaninya. Tapi itu semua tak penting. Azwan, macam mana boleh jadi macam ni? Ya Allah, selamatkanlah Azwan. Berikanlah kesempatan untukku untuk menemuinya, rintih hati kecilnya.
            Sesampai sahaja di hospital, dia terus menuju ke wad yang dicari-cari. Terlihat kelibat Umi dan Ayah Azwan sedang duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan Nadilla menghampiri.
            “Umi...” panggil Nadilla.
            “Dilla... Azwan. Dia tenat sekarang. Dia nak jumpa kamu. Pergilah sebelum terlambat.” Pinta Umi Azwan. Tanpa berlengah Nadilla terus melangkah masuk ke dalam wad di mana Azwan ditempatkan.
            Betapa pilu hatinya saat ini apabila melihat kondisi Azwan dan serentak dengan itu air jernih mengaburi matanya, lantas Nadilla menapak ke sisi Azwan. Diraihnya jemari milik Azwan dan menatap mata yang penuh dengan keikhlasan itu. Sungguh, ada air mata yang telah lama bertakung di kelopak mata itu. Hatinya menjadi sebak tiba-tiba. Betapa Azwan menanggung derita yang amat berat selama ini.
            “Dilla...” Azwan menyeru namanya lemah.
            “Iya Wan. Dilla datang ni. jangan tinggalkan Dilla, Wan. Dilla tak sanggup. Bertahanlah Wan.” Nadilla cuba memberi kata-kata semangat kepada Azwan.
            “Dilla... Wan nak Dilla tahu, Wan sayangkan Dilla sangat-sangat. Apa yang berlaku antara kita dulu, Wan dah lupakan. Wan pun dah maafkan Dilla. Wan nak Dilla janji dengan Wan, boleh?”
            Nadilla mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Dilla janji dengan Wan, walau apa pun yang berlaku, Dilla kena kuat. Jangan lemah. Wan tak suka tengok air mata tu. Lap, sayang.”
            Dalam kepayahan, Azwan cuba menggapai pipi Nadilla dan meyapu air mata yang berbaki di hujung matanya. Azwan cuba tersenyum. Betapa tulus kasihmu, Azwan. Maafkan aku kerana telah menyakiti hatimu, bisik hati kecil Nadilla.
            Serentak dengan itu, dada Azwan berdetak kuat. Nadilla tergamam. Azwan dilihatnya sedang menekan dadanya sambil menahan sakit. Kolam matanya mula bergenang. Pantas dia menghampiri Azwan.
            “Azwan!!!!!!”
            Umi dan Ayah Azwan serta Izzah bergegas masuk ke dalam wad sejurus terdengar jeritan Nadilla. Ya Allah, selamatkan dia, doanya.
            “Bawak mengucap Azwan. Ikut ayah, nak... asyhaduallailahaillallah...”
            Tangisan semakin bergema. Nadilla di sisi setia menanti. Dadanya berombak kencang. Apakah ini kesudahannya Ya Allah? Redhakanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu ini, Ya Allah...
            “Dilla, ingat ni. Wan akan terus menyayangi Dilla...” Azwan terus menekan-nekan dadanya yang sakit. Tangisan Nadilla semakin kuat, menunggu bait kata-kata yang selanjutnya oleh Azwan.
            “...hingga nafas Wan terhenti buat selama-lamanya.”
            “Dilla akan ingat Wan. Mengucap Wan, mengucap.”
            Nadilla menggenggam kemas jemari Azwan. Dia seakan-akan turut merasakan kesakitan yang maha berat yang sedang ditanggung Azwan saat ini. Air mata setia menemaninya sedari tadi. Ya Allah, permudahkanlah baginya untuk ke sana. Redhakanlah hatiku untuk menerima perpisahan ini Ya Allah, doanya penuh kudus.
            “Asyhaduallailahaillallah..waasyhaduannamuhammadarrasulullah...”
            Berakhirnya suatu penyeksaan. Perginya seorang hamba menemui Tuhannya. Perginya seorang insan meninggalkan segala kenangan di dunia dan membawa bekalan amal untuk menuju kehidupan yang abadi di sana. Pastinya yang pergi tidak pernah akan kembali lagi. Genggaman jemari Azwan akhirnya terlerai. Nadilla terduduk lemah di lantai, menangisi pemergian Azwan yang tidak diduga sama sekali masanya.
            “Dilla...”
            Suara itu tidak lagi memberikan sinar bahagia ke dalam hatinya. Kenangan bersama Azwan bermain-main di ruangan mata. Sesungguhnya dia silap. Khilaf dalam membuat keputusan yang dianggap penting dalam hidupnya.
            “Aliff, saya tak nak fikir apa-apa buat masa ni. Lepaskan saya.”
            Nadilla terus mengangkat punggung untuk berlalu dari tempat itu. Sebelum dia menapak, Alif terlebih dahulu memaut lengannya.
            “Dilla, apa yang awak cakap ni? Saya...”
            “Saya rasa cukup sampai kat sini. Lupakan saya.” Nadilla melangkah menuju ke sisi katil Azwan. Ditatapnya seraut wajah bersih itu. Sungguh tenang, setenang air yang mengalir tanpa sedikit pun yang mencemarinya. Lantas, Nadilla mengelap sisa air mata dan mencium dahi licin milik Azwan. Tenanglah kau di sana. Aku di sini akan terus mendoakan yang terbaik buat dirimu. Semoga Allah tempatkanmu di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, doanya penuh keikhlasan.
Dan buat Nur Nadilla Aisyah, mungkin ini akan mengajarnya erti kasih dalam kata yang sebenar-benarnya. Pemergian Azwan menghadap Ilahi ternyata telah membuka pintu hatinya selama ini. Azwan begitu tulus menyayanginya. Sementara dia, hanya tahu menyakitkan hati lelaki itu. Maafkan saya, Wan. Saya telah membuat kesilapan terbesar dalam hidup saya dengan mengecewakan hati awak, rintih hati kecilnya.
Alif... Kini nama lelaki itu tidak lagi bermain dalam mindanya. Tiada lagi istilah cinta dalam hidupnya. Biarlah. Biarlah segala-galanya seperti sebelumnya. Nadilla lebih senang begitu. Tidak akan ada lagi hati yang terluka. Tidak akan ada lagi hati yang mengemis cinta yang sementara. Muhammad Azwan, sesungguhnya kau telah mengajarku erti sebuah percintaan dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya buat diriku. Tenanglah kau di sana. Akanku kirim salam terakhir buat dirimu. Ya Allah, payungilah dia di bawah rahmatMu dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, itulah doanya saban hari buat insan yang bernama kekasih.
           
No comments:

Post a Comment