AKTIVITI 1
MARI BERKENALAN
Aktiviti : Rantai Nama
Masa : 15 minit
Alat : Tiada
Objektif : 1. Untuk mengetahui dan mengingatkan nam rakan-rakan
peserta di dalam kelompok.
2. Untuk berkenalan di antara satu sama lain.
Langkah:
1 : Peserta –peserta dan fasilitator duduk di kerusi dalam susunan bentuk
bulatan.
2. : Fasilitator memulakan dengan mengenalkan namanya seta nama panggilan
(yang ingin digunakan dalam kelompok).
3. : Peserta pertama di sebelah kanan fasilitator memperkanalkan nama nama
fasilitator dan namanya.
4. : Begitulah juga peserta yang kedua memperkenalkan nama fasilitator ,
peserta pertama dan dirinya.
5 : Aktiviti begini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua peserta
diperkenalkan.
6 : Fasilitator berbincang dengan peserta-peserta apakah pengajaran yang
mereka terima melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti:
v Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat.
v Kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan sebutan nama.
v Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu jangka waktu yang singkat.
AKTIVITI 2
BERKONGSI PENGALAMAN DAN HARAPAN
Aktiviti : Duniaku
Masa ; 120 minit
Alat : Pen/pensil, kertas lukisan/ kertas manjung
Objektif : 1. Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan –
kendiri dengan lebih terbuka dan mendalam.
2. Melatih peserta-peserta supaya melakukan pendedahan kendiri yang sesuai pada masa dan individu tertentu.
3. Memperkenalkan etika yang asas yang harus dipegang dan dijadikan panduan oleh PRS.
Langkah:
1. Fasilitator memberikan sehelai kertas lukisan/kertas manjung kepada setiap peserta.
2. Fasilitator mengarahkan peserta melukis lambang diri di atas kertas lukisan mengikut langkah berikut:
a. lukis satu bulatan besar pada kertas manjung/kertas lukisan masing-masing
b. bahagikan bulatan itu kepada tiga bahagian dan nombor bahagian 1,2 dan 3.
c. Bahagian 1 :
Lukis satu simbol yang melambangkan pengalaman diri anda masa lampau.
Bahagian 2 :
Lukis satu simbol yang melambangkan diri pada masa sekarang.
Bahagian 3
Lukis satu simbol yang boleh melambangkan diri pada masa akan datang.
3. Setiap peserta secara bergilir-gilir diminta menjelaskan kepada peserta-peserta lain maksud simbol yang dilukisnya itu.
4. Semasa penjelasan pembentangan itu dibuat, peserta-peserta lain digalakkan bertanya dan berkongsi pengalaman.
5. Proses ini diteruskan hingga kepada peserta lain.
6. Fasilitator membimbing peserta berbincang tentang pengajaran yang mereka terima melalui aktiviti ini iaitu:
v Ada orang tidak mahu menceritakan tentang dirinya secara langsung tetapi melalui simbol dia lebih selesa dan terbuka untuk mendedahkan dirinya.
v Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ioni dapat mewujudkan perhubungan yang lebih mesra.
v Melalui pendedahan pengalaman-kendiri dapat menggalakkan peserta bercakap.
7. Fasilitator mengaitkan peranan PRS dalm menbina perhubungan mesra dengan perkongsian maklumat diri yang sesuai dan menyimpan maklumat diri kawan yang sulit.
AKTIVITI 3
PENEROKAAN KENDIRI
Aktiviti 3.1 : Cermin Diri
Masa : 60 minit
Alat : Kertas pendua, pensil/pen
Objektif : 1. Supaya peserta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
diri sendiri.
2. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.
Langkah :
1. Fasilitator meminta peserta duduk dalam satu bulatan.
2. Fasilitator mengedarkan kertas pendua kepada peserta dan meminta peserta melipat dua kertas tersebut.
3. Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat-sifat positif yang ada pada dirinya diruang sebelah kiri kertas.
4. Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaan.
5. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat
positif paling utama pada tiap-tiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.
6. Fasilitator membawa fokus perbincangan kepada:
v Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .
v Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
AKTIVITI 4
KEYAKINAN DIRI
Aktiviti : Si Buta Sayang
Masa : 40 minit
Alat : Kain penutup mata (bagi setiap peserta)
Objektif : Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan
seseorang itu mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.
Langkah:
1. Peserta diminta memilih pasangan masing-masing dan menamakan diri A dan B.
2. Peserta diberi sehelai kain penutuip mata dan A menjadi si buta dengan mengikat
kain itu menutup matanya.
3. Peserta B tidak menutup mata dan menjadi pemandu.
4. Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada si buta sambil berjalan( seelok-eloknya dikawasan perkarangan sekolah) Si buta dikehendaki mematuhi arahan rakannya
5. Peserta diminta bertukar peranan .
6. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan.
v Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.
v Apakah perasaan mereka pada masa menjadi si buta dan pemandu.
v Mengapakah mereka memberi reaksi-reaksi tertentu dalam aktiviti ini.
Pengajaran yang boleh diingati ialah :
v Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita / matlamat.
v Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan.
v Bila seseorang telah percaya kepada kita, dia akan berasa selesa.Begitulah juga jika rakan-rakan percaya kepada PRS. Mereka akan lebih rela berkongsi perasaan.PRS harus menghormati kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan mereka
No comments:
Post a Comment